Manual Penanaman Tomato


TANAMAN TOMATO



PENGENALAN

Nama saintifik  :  Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga          :  Sonanaceae

Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam bentuk mentah ataupun dimasak.  Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.  Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat dan protin.  Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak, serat, zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh menjalar.  

 Ciri-ciri pokok adalah seperti berikut:-  

Akar
Batang
Daun
Bunga
Buah
Benih
Cara pendebungaan
-
-
-
-
-
-
-
akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
warna hijau, bercabang dan berbuku
berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
sendiri

KEPERLUAN ASAS
Iklim

Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m).  Terdapat juga kultivar-kultivar tomato yang boleh ditanam di tanah rendah.  Suhu yang sesuai untuk tanaman tomato ialah 18o-32oC, jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang baik.


Persediaan Tanah 

Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan tanah gambut.  Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan yang baik. 

KULTIVAR YANG DISYORKAN 

Kultivar yang disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato baka tempatan Cameron Highlands.  Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan iatu MT 1, MT 11, L 24, Serdang 2 dan King Kong (F1).  Ciri-ciri kultivar yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Kultivar tomato yang disyorkan
Sifat Pokok
Kultivar
L 24
MT 1
MT 11
Serdang 2
King Kong (F1)
  Tabiat pokok
 Tegak, rimbun dan
 berterusan
 Tegak, rimbun
 sederhana besar,
 separa berterusan
 Rimbun, separa
 berterusan
 Tegak, rimbun
 separa berterusan
 Tegak, separa
 berterusan
  Berat
 Besar
 (lebih 60 g/biji)
 Kecil
 (25-30 g/biji)
 Sederhana
 40-80 g/biji)
 Sederhana
 Besar
 (100-150 g/biji)
  Warna
 Merah
 Merah cerah
 Merah
 Merah
 Merah
  Kegunaan
 Segar
 Segar/proses
 Segar
 Segar
 Segar
  Hasil
 18-30 tan/ha
 15-25 tan/ha
 15-28 tan/ha
 20-25 tan/ha
 25-30 tan/ha

AMALAN KULTUR 

Penyediaan Anak Benih 

Gunakan biji benih yang bermutu tinggi.  Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha.  Biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g biji benih.  Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu.  Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan iaitu:-
  1. Semaian batas
  2. Semaian polibeg
  3. Semaian kotak

Semaian Batas
 
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran 1000 cm lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki.  Semai biji benih sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm.  Kemudian tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.  Siram batas selepas itu dan dirikan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar.  Jarangkan anak benih (5 cm antara pokok) 10-14 hari selepas menyemai.

Semaian Polibeg
 
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm tebal dengan tanah campuran 7:3:2.  Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm.  Hanya tinggalkan satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai daun.  Letakkan polibeg di bawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.

Semaian Kotak
 
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x 60 cm panjang diisi dengan media semaian.  Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawahnya supaya air tidak bertakung.  Biji benih disemai pada jarak 5 cm x 5 cm dan ditimbus dengan tanah.  Semaian yang terlalu rapat perlu dijarangkan untuk mengurangkan persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang sempurna. 

Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam bangsal semaian.  Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap untuk melindungi benih dari hujan lebat.  Dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan jaring untuk menghindar kemasukan serangga.  Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. 

Semasa di peringkat semaian, anak-anak benih bolehlah disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga.  Sembur racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda-tanda serangan perosak.

 
PENYEDIAAN KAWASAN
 
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas.  Tanah dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm.  Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5.  Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam.  Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran sebanyak 3-5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.

PENANAMAN DI LADANG
 
Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu.  Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur.  Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas perlulah disiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut.  Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya.  Ubahlah anak benih semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air.  Hanya anak benih yang subur dipilih.  Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm.  Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.  Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.

PENYEDIAAN SOKONGAN
 
Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh.  Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap batas.  Rentang dawai pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan ikatkan tiap-tiap pokok tomato di batas tersebut kepada dawai.  Biasanya tinggi penyokong ialah 50-70 cm.

PEMBAJAAN
 
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah.  Tanah pasir yang kurang subur atau sederhana sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
 
Jenis Tanah
Baja
Jenis
Kadar
(tan/ha/musim
Masa (MLT)
(minggu lepas tanam)
Cara
 BRIS
 1. Rudua
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
 10
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
  BRIS
 2. Baging
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
 25
3
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
 Bekas lombong
 (Pasir)
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
25
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
 Gambut
 NPK 12:12:17:2
2
2, 4 & 8
 Keliling pokok
 Mineral
 Tahi ayam
 NPK 12:12:17:2
25
2
 -1*
2, 4 & 8
 Gaul dalam tanah
 keliling pokok
* 1 minggu sebelum tanam

PEMANGKASAN

Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun.  Tunas-tunas sisi dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.

PENGURUSAN AIR

Siram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sstem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.  Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar.  Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter / saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.

PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN

Kawalan Serangga:

·         Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)

Menyerang buah, daun, tunas dan bunga ketika pokok di peringkat berbunga dan buah.  Buah akan berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat.  Sembur keseluruhan pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari sekali jika perlu.  Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
 
·         Lalat buah (backtrocera sp)

Menyerang buah ketika pokok sedang berbuah. Buah berlubang dan menjadi reput.  Buah-buah gugur atau busuk sebelum matang.  Kutip buah-buah yang diserang dan musnahkan secara menanam atau membakar.  Gunakan racun attractant seperti methyleugenol.
 
·         Hama Merah (thtranychus truncatus)

Menyerang daun dan bunga.  Daun yang diserang berkerekot dan terdapat tompok-tompok kuning.  Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak terbentuk.  Jika perlu, sembur dengan racun serangga seperti dicofol atau propagite.
 

Penyakit tanaman tomato:

·         Hawar Phytophthora

Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah.  Merebak melalui tanah dan air.  Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di hujung dan di tepi daun tua.  Kemudian terdapat tompok-tompok putih di belakang daun, akhirnya pokok akan mati.  Pada buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh berwarna kelabu yang membesar kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu.  Lama kelamaan bahagian diserang menjadi kering, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.

Kawalan:  Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.  Bakar bahagian yang berpenyakit.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan jaga kebersihan kawasan tanaman.
 
·         Antraknos buah

Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak melalui biji benih dan angin.  Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok-tompok perang kehitaman.  Serangan menyebabkan buah reput.  Selalu gunakan biji benih yang sihat, bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah.  Jika terdapat serangan, musnahkan buah-buah yang berpenyakit, sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb jika perlu.
 
·         Hawa Aleternaria

Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang, daun dan buah.  Terdapat bintik-bintik perang pada batang dan daun tua.  Bintik-bintik kemudiannya membesar menjadi tompok yang berpusat hitam.  Tisu daun di keliling tompok selalunya bertukar menjadi kuning.  Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora-spora hitam.  Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah.  Sembur dengan racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika perlu.  Bakar bahagian yang berpenyakit.
 
·         Reput Pangkal

Merebak melalui tanah.  Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp. menyerang pangkal pokok.  Daun-daun kelihatan layu.  Terdapat maisilia putih pada pangkal pokok.  Akhirnya pangkal dan akar menjadi hitam dan reput.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan musnahkan pokok yang diserang.
 
·         Layu Fusarium

Kulat Fusarium sp. menyerang akar.  Tersebar melalui tanah dan air.  Daun-daun menjadi kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah pokok.  Pokok menjadi bantut dan layu.  Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.  Sembur dengan racun kulat seperti benomyl atau carbendazim jika perlu dan cabur / bakar pokok yang berpenyakit.
 
·         Layu Bakteria

Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar.  Merebak melalui air, tanah dan sentuhan akar.  Daun kelihatan layu dan menjadi kuning.  Empulur berwarna perang kehitaman dan berair.  Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ia mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman yang berlainan dari keluarga Solanaceae.  Tentukan saliran air baik di kawasan kebun.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
 
·         Virus Mozek

Kutu daun sebagai pembawa penyakit.  Virus berkenaan menyerang seluruh pokok.  Daun berbintik-bintik serta berkerekot.  Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi bantut, buah menjadi kecil dan berubah rupa.  Jaga kebersihan kawasan tanaman.  Kawal kutu daun dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
 
·         Reput Hujung Buah

Kekurangan zat kalsium.  Terdapat tompok kecil berwarna perang atau kehitaman dan berkeadaan basah di bahagian hujung buah.  Tompok kemudiannya membesar menjadi lekuk dan berwarna hitam.  Pastikan pembajaan dan pengapuran membekalkan kalsium yang mencukupi.
 

KAWALAN RUMPAI

Cabut rumpai yang tumbuh di atas batas.  Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat berbuah.  Ketika menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.  Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat menyekatkan pertumbuhan rumpai.
 
KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil.  Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah.  Buahnya akan masak 30 hari selepas berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas kutipan pertama.  Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah cukup matang.  Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dri pecah.
 
PENGENDALIAN LEPAS TUAI

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tomato (Lycopersicum esculantum) yang akan dipasarkan di pasaran domestik yang merangkumi kedua-dua jenis tomato tanah rendah dan tomato tanah tinggi tempatan. 

·         Indeks 1 - Tidak Matang
Tomato berkenaan dipasarkan sebagai tomato hijau.  Buah tidak matang.  Warna hijau muda keseluruhan tetapi permukaan buah pudar.  Tidak sesuai untuk pasaran.
 
·         Indeks 2 - Cukup Matang
Sudah mencapai tahap kematangan yang sewajarnya dan sesuai untuk dipasarkan sebagai tomato merah.  Buah matang.  Warna hijau muda keseluruhan dan permukaan buah berkilat.
 
·         Indeks 3 - Cukup Matang
Buah yang mempunyai sedikit calitan warna merah atau kuning (colour breaking) hingga separuh masak.
 
·         Indeks 4 - Cukup Matang
Buah telah mencapai tiga per empat (3/4) masak.  Permukaan buah mempunyai sedikit warna hijau dan warna merah atau jingga melebihi tiga per empat (3/4) daripada permukaan buah.
 
·         Indeks 5 - Cukup Matang
Buah masak sepenuhnya.  Buah berwarna merah atau jingga sepenuhnya tetap tekstur masih pejal dan permukaan licin
 
·         Indeks 6 - Terlalu Matang
Buah terlalu masak dengan tekstur yang lembut.  Tidak digalakkan untuk dipasarkan.