Saturday, 23 April 2011

Salam Sejahtera Dan Selamat Datang...

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin Nya akhirnya saya berjaya membuat sebuah blog yang telah lama saya idam-idamkan. Semoga dengan adanya blog ini kita akan dapat sama-sama beroleh informasi dan ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang pertanian yang mana kini semakin popular di kalangan masyarakat dunia tidak kira samada di usahakan secara komersial mahupun secara sara diri. Dengan adanya teknologi terkini seiring dengan pembangunan negara yang semakin pesat aktiviti pertanian sama sekali tidak pernah diketepikan malah, pelbagai kempen dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik minat rakyat daripada segenap lapisan masyarakat terhadap aktiviti pertanian. Antaranya adalah Kempen Bumi Hijau...
yang menggalakkan masyarakat menanam dan mengeluarkan sendiri sumber makanan seharian...

Apa Dia Kempen Bumi Hijau?

"Tanam ternak guna sendiri, jimat cermat bina ekonomi!"
Latar Belakang
Pewujudan semula Kempen Bumi Hijau (dahulunya Buku Hijau) yang berteraskan ‘Amalan Bercucuk Tanam’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.
Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan penduduk-penduduk taman perumahan di Bandar.
Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan di samping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Konsep Perlaksanaan
Kempen ini terdiri daripada 3 komponen iaitu tanaman, ternakan dan akuakultur.
Amalan bercucuk tanam yang akan dilaksanakan berkonsepkan ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’ dengan menanam tanaman yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada untuk keperluan keluarga.
Kempen ini menekankan konsep pengeluaran makanan hanya untuk yang boleh ditanam sendiri sahaja. Jenis tanaman yang boleh ditanam terdiri daripada sayur-sayuran daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan.
Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.
Bagi menjayakan kempen ini, anak-anak pokok ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta, rumah ibadat dan sebagainya yang berhampiran.
Tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti sawi, bayam, cili terung, selom dan herba seperti daun kari, daun kunyit sesuai dilaksanakan untuk Kempen Bumi Hijau ini.
Anggaran sejumlah 500,000 anak pokok perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pelancaran Kempen Program Bumi Hijau bagi seluruh negara.
Komponen Ternakan boleh melibatkan aktiviti pemeliharaan ayam kampung untuk daging dan telur.
Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan jenis tilapia dalam sangkar dan pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum.

No comments: